24.3.10

Cerita lama jer..(asalkan update)

Maafkan...wahai teman,
Ku menumpang di sudut dunia,
Mencari ketenangan,
Sampai masa ku pergi jua...



Masa aku layan collection lagu kawan aku tadi
tiba ada pulak lagu sedih ni
kalau zaman dulu lagu ni tiptop dalam cerita orang cacat
dan sekarang pun memang dah jarang berkumandang
pada yang tak tahu lagu ini
entah kau orang duduk planet mana..=p
dan juga buat aku teringat kisah dulu
memalukan lah sebenarnya
hehe
....



aku tinggal di asrama ketika form1-form3 dulu
dekat je, kat Bandar Tasik Selatan nun
bila dah nama budak asrama tak lain kerjanya menjayakan aktiviti
salah satu yang paling kerap dan wajib join mestilah nasyid
yang paling aku tak lupa ada 1 masa tu kami kena buat sketsa
bertanding antara dorm di seluruh aspuri
dan dorm aku came out dengan sketsa tentang orang cacat
kononnya seorang cacat dan seorang sempurna berkawan baik
si cacat sanggup berkorban apa saja untuk si sempurna
sehingga ke hujung nyawanya bertarung untuk melindungi si sempurna
temanya cerita sedihlah


jalan cerita nampak klise mungkin
tapi pelakon-pelakon seingat aku superb habis masa itu
terutamanya kawan aku yang melakonkan watak si cacat
nak dijadikan cerita
aku hanya menjadi penyanyi saja
since im not really good in acting
solo perseorangan
kalaulah kau orang boleh imagine perasaan menjadi solo
jantung bagai nak pecah beb.haha
tak panjang pun kena nyanyi
adalah sikit rangkap macam kat atas entry ni
tiba giliran aku pun naik lah ke pentas


"maafkan, wahai temaaan....."
tiba-tiba
(rasa lain macam pulak dengarnya)

"maafkan, wahai temaaan...."
(ehh..memang lain pun)


aku dah cuak dah masa tu fikirkan nada yang sepatutnya
all of sudden aku tak ingat apa-apa
lalu menukar nada menjadi lagu nasyid lain
tapi menggunakan lirik yang sama
entah apa tajuk lagu tu aku lupa
kawan aku dari jauh semua tepuk dahi tunggu nyanyian aku untuk kali ke-3
memang suspen sungguh waktu tu
nasib baik aku nampak sorang bagi hint dengan gerak tangan untuk tunjuk nada
fuhh...~
terus aku nyanyi dengan lancarnya


"maafkaaan.....wahaaaai temaaan
ku menumpang di sudut dunia...."
.
.
.
sampailah habis


kesian penonton-penonton
tengah sedap-sedap feeling (ada yang menangis)
tiba-tiba jadi benda buat gelak pulak
lepas turun pentas habis semua menala
semua pelik dengan kejadian tak semena-mena
(manalah aku tau kan, dah benda nak jadi..)
hehe
...



even memalukan pun
still naib juara
=)



4 comments:

Hafiz Yusof said...

wah naib juara..ok la tu

Spoons said...

I REMEMBER THISS!!! KAHKAHKAHKAH
combi dah cukup funny but you akak, was wayy more funnier!! haha
tersangatlah funny kak amer oooii!!

Dewajiwa said...

potong stim. hehe.
tapi sebenarnya: kalau tiada scene blunder tu, peluang jadi naib juara mungkin kurang. sebab klise? kira blunder tu adalah anti-klise (walaupun tiada dalam plan). heh

maira said...

embun: hehe..=)




hard wannabe: hey babe! i dont noe u're here.. OMG, blushing..~haha





dewajiwa: oho..kire that scene menambah markah la eh,=)