8.3.12

Belasungkawa

Apa yang saya boleh kata, rasa kehilangan ni tak mungkin orang boleh faham kalau tidak pernah mengalaminya sendiri. Andai sekalipun mereka katakan mengerti sebenarnya tidak. Kerana ini bukan calang-calang ujian yang Tuhan kurniakan. Not to blame them but just so you know that it's so painful than u could ever imagine.

2 bulan berperang dan akhirnya abah pergi dengan tenang. Masih segar senyuman abah tatkala sekujur tubuhnya di bacakan yassin. Masih segar momen sepanjang saya menjaga makan pakainya di hospital, yang mana saya sedar hanya itu sahaja yang mampu saya lakukan. Sakit perit yang ditanggungnya hanya Allah sahaja yang tahu. Hanya Allah yang tahu.

Menggunung harapan yang saya kilankan, namun saya redha, Allah lebih menyayanginya. Doa dan semangat teman yang tidak putus-putus, yang meminjam bahu, yang menadah telinga cukup beri pengertian bahawa tak perlu henti melangkah kaki.. Keep moving forward seperti mantra Walt Disney. And I do, at least still trying to.

It's okay..(*tahan sedu)

"Belasungkawa tercinta ayahandaku, semoga bertemu kita di alam sana nanti. Sesungguhnya hati ini terlampau rindu... :'( "

No comments: