13.9.11
Fitrah si tua
Not that he/she doesn't care, they just protecting u.
Ya Tuhan...
2.9.11
Sebeban himpap
- My cousin is suffering stroke because there were clotted blood in his brain, just have the surgery and i can see it was really hard for his family especially during this Hari Raya.
- My step grandfather got her leg amputated.
- My uncle just paralyzed whole of his body.
Dalam bahagia disamping keluarga, cukup penuh nafsu dan hawa, kepada mereka ini gagah dan tabahnya semoga dinampak petunjuk cahaya. Hopefully they won't give up. This is me praying and praying...
8.10.10
Demam
Kerja somehow memang memenatkan. Kita semua aspire to be somebody in future, either we realized it or not, we naturally have it indeed. Ada orang yang nakkan sesuatu tapi masih belum jumpa apa yang termahu. Ada pula yang tahu apa dimahu tapi tak make the dream comes true.
But then kemahuan sentiasa bergerak mengikut edaran zaman. Sekalipun tewas, kita sentiasa build the new one. Yet refreshing ourselves to make some hope becoming true again. Saya juga manusia biasa yang cukup penuh nafsu dan kemahuan. Cuma biarlah, biarlah yang di atas yang tentukan.
Demam hanya mengingatkan saya betapa untung sihat gagah bersuara. Penat rasanya berbaring doing nothing that beyond my strength currently. I kept thinking a lot and it's scared me to hell. Apalah nasib saya bila ditakdirkan saya tak punya daya suatu hari nanti.
Masa depan, jodoh, hidup mati hanya Allah yang tahu.
Dari wanita untuk lelaki
[ Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam?? Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita relax saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang gadis juga rakan sejawat kami. Maka jawablah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya. "Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya Si lelaki lagi dengan penuh angkuh dan bersemangat. "Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.
Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangga nya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam,belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimami satu taman perumahan juga. "Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus beberapa kawan wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?
Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri -sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan seperti mana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki. ]
Reminder untuk kamu-kamu
reminding my ownself..=)
27.9.10
This-gush-thing
Asyik nak dengar yang baik, edit yang buruk busuk supaya yang wangi je sampai ke cuping kau, susahlah beb!
24.9.10
Perished
Tomorrow will be the most exciting day i supposed, but yea. Sometimes dream will just vanished. Yet today i'm perished.
20.9.10
Sekejap maybe
dan worst part kau tak boleh sembahyang
Pernah tak rasa?
Cause that's exactly what i felt today..
p/s: ma cepat balik please..=(
