26.3.10

si penyokong buta

punya orang belakang setimbun
hebat sangat ke?
....


banyak betul isu berlaku akhir-akhir ini
dan salah satunya tak lain tak bukan masalah 'KAWAN'
aku rasa bertuah
tuhan pernah campakkan aku dalam situasi itu
dan bila melihat orang lain punya situasi 'lebih kurang sama'
menggeletar juga nak beri kekuatan pada dia
walau aku pernah menang dulu tanpa bicara
bimbang silapnya beri guidance
bimbang cara aku mungkin nampak terlalu 'out of range'

tapi lihatlah sekarang
semuanya berlalu tanpa beri sakit pada siapa-siapa
.....


jenis aku
paling pantang dengan mereka yang hilang kemanusiaan bila dah-rasa-punya tentera bahtera sekapal di belakang
bila pergi mana-mana boleh dabik dada
bila bersosial boleh pandang certain2 orang sebelah mata
semata rasa 'aku punya orang kuat yang boleh beri aku piala'
secara kasarnya begini

"kau carik hal dengan aku, tunggulah tentera aku datang menala! "

"kau tak layak join kitorang, sebab orang macam kau ni don't deserve better"


macam celaka


itu namanya kuat ke kalau hidup sentiasa perlukan supporter?
yang boleh iyakan kita
yang boleh angguk geleng sama-sama
boleh berganding bahu menjadi the fighter
supaya si seorangan mangsa jatuh terduduk tak terkata
kalau kau seorang yang berlawan di pertempuran boleh juga aku tabik spring kerna keputusan kau buat tanpa pengaruh siapa-siapa
huh~



jenis aku senang saja
tak senang, tak suka boleh go direct
jangan tak senang itu ini pergi belakang soseh dengan tentera supaya ada orang mengiya
in the end habuk pun tara
si pesalah tak sedar salah, si pengkaji salah tak betulkan mana yang tersalah
hampeh
kau sendiri tunjuk keciknya kepala



aku juga ada rasa tak senang, tak selesa
tapi aku pilih untuk bersuara
atau mungkin ada some-certain-condition
perlahan-lahan belajar terima
belajar untuk diam
it's either this or that
biar orang benci, biar orang marah mula-mula
yang penting taklah aku mengamalkan 'sampah'

aku fikir satu dalam kepala
diam aku bukanlah kerna angkat bendera
kalau itu boleh leraikan ketengangan yang ada
langsung aku menyerah
biarlah ego aku orang pecah
.....


'it feels great when finally u did achieve something in your life right?'


......

dalam semua hal
paling tidak pun teliti dulu salah kita
aku tak kata betul segala
kadang aku ini senget juga jalannya
buat kamu yang sedang berduka lara
sudahlah
hanya buat musuhmu menang mudah saja
aku tak senang-senang menulis di sini jikalau aku tak rasa
sebab aku ini selalu percaya
sungguh kau masih bertuah hari ini diduga
supaya depan nanti kau punya masa betulkan segala
....






p/s: tervawak-vawak hal dunia plak maira ni..maira oh maira..=)

14 comments:

Hafiz Yusof said...

ayat u macam puisi

Unknown said...

peningkatan yg bgs dalam bait2 bahasa..;)
erm..sesungguhnya..carilah kawan yg dpt bersusah-susah dan bersenang-senang bersama..
adalah lebih baik mempunyai 1 kawan drpd ramai kawan yg membuatkan kita tidak senang dan selesa dan mereka.
sesungguhnya..kawan tidak mengenal paras rupa dan darjat..tp kawan mengenal erti persefahaman dan toleransi..(^_^)
diam itu bukan tanda menyerah..tp diam lebih menampakkan kematangan dan kebijaksanaan dalam sesuatu perkara.
kesimpulannya,berbalah dgn org yg jahil memperlihatkan lg kejahilan diri dan org tersebut.
sekian mira..nice post~~

Mieza vs Rory said...

lek2...ehhehe...

maira said...

embun:yeke? tp xsemua kan..kalau berpuisi baik buat sajak..=)

maira said...

nick: thanx..xsangka ada jugak yg boleh faham entry xseberapa nihh..


niat nak berkias tapi teremo lebih plak..heh


thanks again 4 the comment..~

maira said...

mieza: rilek la nih hehe

Unknown said...

oh yeah..thats a compliment maira..;)
erm..jgn emo2 eh..emo2 luahkan kat org yg bole dipercayai..:D

Unknown said...

gua admire tulisan lu kali nih.

azzaliena suziantie said...

wohooo
lek babe

Unknown said...

mengetahui yang seorang dua sentiasa berada belakang kau sudah cukup.

aku pun letih mahu try masuk kumpulan dengan orang rasa kuat dan bagus. pernah cuba. buat enough is enough. kau akan dapat gembira seketika, bukan selamanya.

maira said...

nick: it's not about me actually..i hv nothing to tell, it's jz an expression




si gila: thanx




azza: aku ok babe..heh





yob: there's nothing wrong being different yob..chill ok

Mr feckry said...

ramai orang suka ada geng..tapi management penting beb

-C.Gad!s- said...

aku agree sangat ngan entry kau nih sayang...

diam kita tak semesti nya tunjuk kita lemah kan?
kadang2 pon..cc prefer diam..dari cakap...sebab kalau itu boleh reda kan keadaan...

kalau kita yakin kita di pihak yang benar...tak perlu kita risau kan?Allah itu ada..

:)

maira said...

mr. frecky: semua atas tangan sendiri.. nak ber'geng' pun in the end there are some certain condition kene atas kaki sendiri jugak..hehe





cc: lama awk xdatg blog sy yer yayunk..

hurm..

thanx sbb agree,
n for the comment..

sama2lah kita beringat ok..=)