28.2.10

MIMPI dan Karaoke ke pagi

semalam aku berjaya juga menghadirkan diri ke pasar malam MIMPI di Shah Alam
cuma sekadar ingin tahu apa jadi
cuma sekadar nak rasa suasana
peluang untuk datang event-event begini jarang sekali datang
tambah lagi ramai pula Blogger Tegar yang zahirnya minat sekali pada puisi
(belakang-belakang kurang pasti)
kebetulan aku sudah lama tidak menghiburkan diri
sudah lama menghadap buku dan kerja
yea..perfect time untuk berjimba
heh

sedikit ulasan tentang MIMPI:
mereka adalah kumpulan penyajak-penyajak berlagu yang berbakat besar
ada yang benar-benar beri impak pada jiwa
ada yang bermain-main saja
ada yang sekadar menyanyi
ada pula menari robot soldier
dan memang jarang sekali dilihat dimana-mana
terpinga sekejap entah tarian dimensi mana
tapi 'superb'


BTF hanya bergerak tempat makan selepas persembahan daripada blogger mamai
aku pernah nampak blog beliau cuma tidak berkesempatan menerjah lagi
sajak beliau tak kurang hebatnya
BTF berbahagi dua apabila sebahagiannya bergerak ke i-city
hajat hati ingin berkaraoke di sambut baik oleh Jalak yang juga 'kaki'
11lebih malam baru bertolak mencari Party K-Box SS2
masuk kali ni entah berapa puluh orang dah aku bawa
walaupun sesat sedikit mulanya namun aku akur gerak hati selalunya bagi petunjuk terbaik
kami 1 kereta Mieza, CikGula-Gula dan sepupunya menjerit keriangan
kereta belakang ikut saja..heh


sepanjang karaoke semalam
aku mengerti masing-masing punya jiwa
masing-masing rupanya ada suara
Jalak dengan lagu Orang Lamo nya- kebanyakan lagu dia aku tak tahu langsung
Fhad dengan Rock Kapaknya- bab tarik bagi dia
Kosong dengan rap nya- boleh jadi rappers owh kosong ni
Iyan layan semua sampai dangdut pun sedap dengan suara dia..heh
dan kami perempuan-perempuan semua duk berebut lagu dengan mereka
suara masing-masing tak kurang hebatnya
senang cerita ALL OUT lah
sampai closing kami melalak
heh..ai like ai like





selesai sudah 1 entry
karaoke lagi, ada berani??

lantaklah kalau merapu
aku nak tidur dulu

...
chow!



18.2.10

Entry mengada dari tempat kerja

Aku tengah break sekarang
boleh lagi online kan..heh
cuti pertengahan sem ni dah aku guna sebaiknya
nanti saja aku berjimba
bershopping sakan
wow..tak sabar

agak2 orang tau tak ni kat mana..heh




15.2.10

Senyum..=)

Rasanya tempat baru ini aku dapat sesuatu lagi
penat lelah meniti dewasa ini
kadang terasa nak jatuh dan tak mahu bangun-bangun lagi
hadapinya sendiri
dan kini aku mampu berdiri



*senyum....=)




lama tak update tentang diri
kali ini biarlah aku cerita lebih spesifikasi
baru-baru ini aku berhenti kerja di tempat lama
not officially, masih lagi berdarab kali
dan untuk itu aku cari benda lain untuk isi
aku bukan hanya duduk rumah tunggu masuk gaji
semuanya aku lakukan kerana rasanya berseorangan pun aku mampu lagi
selagi kudrat ini tuhan beri
aku tak mahu membuta membabi
payah ini sungguh takku nafi
walaupun rasanya beri susah pada mereka aku ini tiada tali
maaflah..untuk hari ini i owe u an apology
tak terbalas rasanya
tapi mungkin suatu hari nanti
....




lain pula caranya di sini
bahasa lebih cantik
banyak juga propa-gandanya
tak cetek beri penilaian pandang pertama
tidak hanya tuding jari bila salah depan mata
sungguh tak terkata
apa aku cari aku jumpa
apa aku mahu aku punya
seronok saja
cabang banyak depan mata
pilihan kini ditanganku pastinya
dunia kita takkan gelap selamanya
akan ada hari di mana kekuatan itu datang juga
aku mahu lagi
itu dan itu dan itu
aku mahu
insyallah..pasti milikku




...........

3.2.10

Asalkan update..=)

semacam hilang kata
nak update pun no idea
kuiz dan test beratur berjela
minggu depan sahaja kita jumpa
saya tidaklah gila
apatah lagi hilang punca
cuma nak cari dimana saya
yang hilang tak semena-mena
saya nak cuba benda lain pula
kerana dah mula bosan dengan kerja
kini belajar fokus utama
saya takkan kalah dengan small matter
hari ini saya jatuh oleh manusia
kerana hari ini saya tiada apa-apa
hari esok siapa tahu hari saya
hari itu saya pula ketawa
haha
eh dah ketawa pula..heh

tiba masa wa potong rambut
otak pun dah naik serabut
entah apalah wa mencarut
ok lah..wa cabutttt
=p



Photobucket
p/s: nak rambut pendek camni balik..=)