12.1.10

Updated Sungai Gabai

aku yang terakhir update
suka hati~

090110
Mini Gathering di Sungai Gabai berjalan dengan jayanya
Terima kasih sekali lagi kepada fhad, ah ian dan si kosong kerana menaja bbq
tak nafi, memang marvellous

Perjalanan yang memakan masa hampir 1 jam
berpenat lelah naik tangga ala-ala Batu Caves,
akhirnya terbalas dengan 'very nice place'
duduk makan-makan dan bbq, bersoseh itu ini
aku mula cucuh-cucuh kaki
tak nak basah kononnya
tapi malang dek manusia yang cemburu dengan condition aku yang masih 'kering'
di simbahnya bertubi-tubi
oh aku ingat 4 orang itu
(kurang pasti kalau razman join sama)


aksi kemuncak adalah ketika orang-orang asli yang khusyuk mempersembahkan skill mereka
dan yang pasti baju merah siv punya(kan syg?..haha)
aku betul teruja nak try slide tu
(serius tau: highlight untuk cc)
tapi oleh kerana tiada siapa yang berani teman
so i just keep quite
frust sungguh


kami keboringan semasa menunggu lelaki-lelaki bermandi di atas
aku ajak cc and siv naik
kononnya nak ajak lelaki-lelaki ni turun la
tapi dek kerana seronok tak hengat mereka
sedikit pun ajakan kami tidak dipedulikan
ok la i admit la kat atas tu memang seronok lebih
air dalam dua manusia
kalau aku masuk confirm tak naik dah..haha

lalu secara tiba-tiba tragedi pula berlaku
jen accidentally mencederakan diri beliau sendiri
"haa tula tak dengar cakap,
orang suruh balik nak tunjuk stunt"..hehe
aku agak goyang lah tengok darah-darah ni kan
lalu tanpa disuruh semua meninggalkan tapak
jen dihantar ke klinik ditemani cc dan ian
yang lain pula kelam kabut tukar baju

sepanjang penurunan dari tangga batu caves
semua dah ketar-ketar lutut gamaknya
pergi ke klinik dahulu untuk melawat orang sakit
sakit benorrr dia..haha
dan sempat bergambar di klinik sebelum berterabur pulang..

hari ni orang sakit dah mula sembuh barangkali
kerana cerita ini 4 hari lalu

memang seronok
dan sehingga hari ini masih fresh..~








3 comments:

oranglidi said...

jalak memang putih

shazruls said...

gigi jalak memang putih

volde said...

awak memang putih ok...
xabes2 la die nieee..
heee