26.1.10

keep going

Hari-hari yang berlalu agak 'suck' mungkin
dan kalau pun yang nampak cuma tuhan
....


aku sudah membiasakan diri dengan suasana baru
environment yang agak agresif
lucahan dan carutan yang mungkin sedikit extreme
kalau dengan rakan-rakan
lucah tu perkara biasa
tapi dengan mereka lucah luar biasa
sampai kadang-kadang aku juga jadi mangsa..erkk
serius..aku tidak sampai lagi hendak menghanjingkan orang
berspesifikasi manusia itu lahar (short form daripada lahanat)
ber'racist' bangsa itu celaka
paling tidak mungkin aku sekadar tidak suka
paling tidak aku sekadar berhipokritas


bekerja sambil belajar
tidak sangka aku bakal berpengalaman begini
banyak benda aku belajar
banyak benda dah expert
banyak juga stupid mistake yang dah dibuat
dan paling ketara
segala macam baik buruk dah aku nampak depan mata
huh~

penat tension sakit hati kadang-kadang
aku pujuk dengan bertumpu sahaja ketika bekerja
yang lain aku tidak ambil 'port'
bak kata tuan besar
jangan kerana nak puaskan hati orang kau ubah diri sendiri
'just be yourself'
perlu ke aku mencarut-carut sama mereka?
perlu ke aku berlucah supaya level of thinking kami sama?
perlu ke aku cuba minum untuk dipandang tinggi oleh mereka?
perlu ke aku jadi lesbo atau pengkid supaya boleh get along bila bercerita?
tiada untungnya ku pasti
aku mantul selagi boleh
dan kalau tidak hanya diam
benci pun tahankan saja
gembira pun rilek saja
huhu


Photobucket


walau apa pun
aku harus bersyukur diberi peluang ini
bila kerja hilang sekejap tekanan
bila bergelak tawa..ahh memang seronok
sekurang-kurangnya ada sesuatu yang menarik untuk aku cerita kelak
=)






p/s: berat turun mendadak 41 kg, wtf!


15.1.10

bukan nak cakap lucah..


Hari ni something miserable happen
dan mungkin akan menghantui aku..=)

Di luar tadi dengan rakan-rakan seperjuangan
semua memang gila
dan lebih gila apabila berjumpa dengan orang gila
mungkin susah nak percaya
tapi aku cerita benda betul
ok bacalah lagi

Lokasinya biarlah keep it as a secret
sedang aku enak memerhati jalan
tiba-tiba sahaja sorang kawan aku ni bisik..

"Weh mamat tu terlupa zip seluar dowh.."

"Hah..mana?".Terkezut aku

Fikir aku mungkinlah nampak seluar dalam atau boxer
Lelaki biasalah terlupa zip seluar kan..hehe
puas kawan aku tunjuk-tunjuk
tak juga aku dapat siapa orangnya
lantas tak kupedulikan..

sehingga satu masa aku pergi lain arah dengan mereka
dan secara tidak sengaja
atau kebetulan
atau mungkin rezeki aku
atau malangnya aku
seorang lelaki berdiri berdepanan
aku sangka dia pakai kemeja kerana coraknya biru terang berbelang-belang
tetapi rupanya pijama (baju tidur yang lengkap 1 set)

lebih kurang camnilah

dan aku pandang seluarnya
OMG!!
aku nampak TERANG-TERANGAN benda tu
benda tu lah apa lagi
dan straight pergi kat kawan-kawan aku

"weh aku nampak, aku nampak.."

Semua cakap aku gila punya blushing
bukan aku buat eh
respon spontan pipi ni..ngee
gila..memang gila
kawan-kawan aku yang lain tak pulak perasan
tapi mereka percaya dek condition aku dan amy yang sangat-sangatlah meyakinkan
dialog kami..usahlah di state kan di sini
nanti jadi blog lucah pulak
tapi kami kecoh sekejap
haha


apa punya orang entah aku tak faham..
muka macam mix indian berkulit cerah
berbahasa inggeris tapi pandai cakap melayu
petang-petang buta berbaju pijama
datang shopping complex ternama
berselipar Jepun
ok lagi
tapi dengan seluar tidak berzip
bukan separuh ye..seluruhnya tidak berzip
tidak berseluar dalam atau berboxer
hanya cangkuk sahaja di pinggangnya mungkin
terlupa ke? atau dia memang tak betul
kalau terlupa tak sedar ke kat bawah tu berangin je..?
lelaki tu berduit pulak tu
sebab masa awal-awal kawan aku nampak lelaki tu tengah buka dompet
macam orang bekerjaya
sebab kad kredit pun ada..huhu

kami tinggalkan sahaja seribu satu persoalan
dan yang pasti lebih malang
dia baru sahaja di laluan masuk complex semasa 'kejadian' berlaku
kebarangkalian dia berjalan seluruh complex memang ada
dan entah berapa ramai pula yang perasan....





ya rabbi
tuhan sajalah tahu kenapa dia sebegitu
macam-macam ragam..hehe






p/s: sorrylah kalau berbaur lucah..sekadar nak story..=)




12.1.10

Updated Sungai Gabai

aku yang terakhir update
suka hati~

090110
Mini Gathering di Sungai Gabai berjalan dengan jayanya
Terima kasih sekali lagi kepada fhad, ah ian dan si kosong kerana menaja bbq
tak nafi, memang marvellous

Perjalanan yang memakan masa hampir 1 jam
berpenat lelah naik tangga ala-ala Batu Caves,
akhirnya terbalas dengan 'very nice place'
duduk makan-makan dan bbq, bersoseh itu ini
aku mula cucuh-cucuh kaki
tak nak basah kononnya
tapi malang dek manusia yang cemburu dengan condition aku yang masih 'kering'
di simbahnya bertubi-tubi
oh aku ingat 4 orang itu
(kurang pasti kalau razman join sama)


aksi kemuncak adalah ketika orang-orang asli yang khusyuk mempersembahkan skill mereka
dan yang pasti baju merah siv punya(kan syg?..haha)
aku betul teruja nak try slide tu
(serius tau: highlight untuk cc)
tapi oleh kerana tiada siapa yang berani teman
so i just keep quite
frust sungguh


kami keboringan semasa menunggu lelaki-lelaki bermandi di atas
aku ajak cc and siv naik
kononnya nak ajak lelaki-lelaki ni turun la
tapi dek kerana seronok tak hengat mereka
sedikit pun ajakan kami tidak dipedulikan
ok la i admit la kat atas tu memang seronok lebih
air dalam dua manusia
kalau aku masuk confirm tak naik dah..haha

lalu secara tiba-tiba tragedi pula berlaku
jen accidentally mencederakan diri beliau sendiri
"haa tula tak dengar cakap,
orang suruh balik nak tunjuk stunt"..hehe
aku agak goyang lah tengok darah-darah ni kan
lalu tanpa disuruh semua meninggalkan tapak
jen dihantar ke klinik ditemani cc dan ian
yang lain pula kelam kabut tukar baju

sepanjang penurunan dari tangga batu caves
semua dah ketar-ketar lutut gamaknya
pergi ke klinik dahulu untuk melawat orang sakit
sakit benorrr dia..haha
dan sempat bergambar di klinik sebelum berterabur pulang..

hari ni orang sakit dah mula sembuh barangkali
kerana cerita ini 4 hari lalu

memang seronok
dan sehingga hari ini masih fresh..~








8.1.10

Hanya nak berkongsi

27.12.09
(siapa tengah nak belajar tentang mencantikkan wajah jiwa yang sedang hancur..-fynn jamal)



berlepaKing dengan kak fynn adalah moment yang tak dapat aku lupa sehingga hari ni
seriously, she's such a great person
mungkin ramai lagi yang belum mengenalinya
tanya saja kawan-kawan aku
hampir semua tak tahu
selagi dia belum terkenal seantaro
selagi itu "i'm her biggest fan"
aku suka apa sahaja yang 'underground'
tapi aku percaya di kalangan blogger dia sangat terkenal
dia adalah penulis, penyanyi, penyair(berpuisi sambil berlagu), so on..

sehari itu rasanya banyak input berguna untuk aku pakai
salah satunya adalah jangan guna short form ketika menulis
dan aku cuba untuk mengurangkan short form dalam setiap entry
the idea is simple
'being a writer is suppose to share something to others,
but what if the writing is wrong?'

i understand, i agree..


satu soalan yang selalu bermain di minda aku
"kak fynn, is that ok to write about our personal life?"
since aku paling tak suka cerita tentang peribadi
dan masalah sedikit untuk bercerita
sebab sometimes it will stuck at one point
the answer is if u are willing to face the consequences
then go on
adakalanya kita bercerita tentang sesuatu perkara
dan adakalanya tentang manusia
sometimes it could come out with such an issue
so
tanya diri sendiri
kau mampu atau tidak?
(aku? not interested..dengan sombongnya..huh)


believe it or not
penulisan yang paling tulus, paling baik adalah ketika kita sedang mengalami kejatuhan
atau pasarnya 'tengah down'
kerana hanya orang yang susah sahaja tahu bagaimana rasanya hidup susah..-fynn jamal
semua orang boleh menulis tentang happiness
tak susah bukan
marriage,spend time with family,holiday sini sana
it's all about happiness
tapi tak semua orang boleh menulis tentang kesusahan
ada yang malu, takut itu ini
orang boleh mengerti sakit perit kita jika kita benar-benar jujur
it will came out naturally
So...
the best way is
jujurlah dalam penulisan


banyak benda yang di berinya pada kami hari itu
dan aktiviti-aktiviti lain yang ada
ah..buat aku teringin bertemunya sekali lagi
dan entah bila
tapi cukuplah 3 ini yang betul-betul beri impact pada aku
agak mudah menghuraikannya jika kita benar-benar faham
aku tak pandai sangat bercakap atau menulis pun
aku masih belajar
kalau pun 5 tahun akan datang aku baca semula entry ni
aku juga akan gelak
hehe..
Selamat Menulis semua




p/s: aku sangat adore orang yang pandai menulis, sebab mereka itu seni.
dan aku suka seni....

3.1.10

Dan bermulalah 2010

Semester baru bermula Isnin ni
sungguh paling payah nak terangkan betapa sibuk setiap kali permulaan
betapa pening kepala berdepan dengan kewangan
betapa masalah melengkapkan peralatan
betapa janggal memulakan pembelajaran
betapa...ah sudahlah





"aku rasa hendak longlai kaki menghadapi kegagalan"









tahun baru
hoping for something new
oh tuhan..berkatilah tahun ini




amin..

1.1.10

Sekejap tapi berbaloi

Aku berjumpa Lumut semalam..
Untuk kali terakhir before dia berangkat pergi Auckland
Walau bermacam2 halangan aku berjaya juga sampai
Ramai dah kat sana, JEN, Ian, Fhad, CC, beskut, jalak, siv,so on..
Aku yang terakhir sampai


Thanks Lumut..

Kau buat aku rasa macam dah kenal kau 10 tahun..
Sekejap itu rasanya berbaloi
Minta maaflah
Tak sempat bagi kau apa2
Kau pulak yg bagi buah tangan
Sebab everything all of sudden..
Aku tak sempat pesan apa2 semalam
Sebab lidah ni kelu, cemas aku tak lerai lagi masa salam2 cium2 hug2 tu..

Lumut dengan CC tak henti2 nangis
Aku gila sedih masa baca blog korang dowh,
walaupun aku takde dalam every single situation pun
banyak aku ketinggalan
sebab tu lah aku yer2 nak datang
bila lagi ada peluang camni

and bila lagi dapat jumpa...



Well then,
take care babe..
let my prayer be with u always..=)



p/s: thanx jugak kat CC, sempat lagi makcik ni bagi aku jeruk dari Pinang..
nanti hang out nak ikut..xkira..hehe